Followers

Friday, January 27, 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Super 2012 - 28/01/2012 T-Team Vs. Selangor



Minggu ke 5 Liga Super, DoN HanzZ memilih perlawanan antara T-Team dan Selangor sebagai perlawanan tumpuan. Ini kerana pada tahun lalu Selangor tewas semua 4 pertemuan bertemu dengan T-Team. Adakah pada tahun ini skripnya bakal berubah atau Selangor bakal terima nasib yang sama pada tahun lalu?

Jurulatih Selangor, Haji Irfan Bakti nyata sedikit bimbang dengan rekod pertemuan pada tahun lalu tetapi berasa yakin anak-anak buah beliau bakal melakar kejayaan bagi meleburkan rekod buruk kalah kepada T-Team tahun lalu. Namun begitu Haji Irfan harus mempertajamkan lagi bahagian serangan pasukannya untuk mempastikan kejayaan milik Selangor. Gol-gol Selangor sebelum ini dijaringkan oleh pemain-pemain tengah iaitu Amirulhadi Zainal dan juga Safiq Rahim. Namun begitu keseluruhan persembahan pasukan Selangor masih lagi ditahap terbaik buat ketika ini.

T-Team pada tahun ini kehilangan beberapa tonggak utama yang berhijrah ke pasukan Kelantan, walau kehilangan tetapi mereka memulakan aksi pada perlawanan pertama dengan memberansangkan iaitu dengan menewaskan pasukan Kedah 3 - 0 di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Malangnya mereka tewas pertama kali kepada pasukan "abang" mereka iaitu Terengganu pada perlawanan minggu keempat dengan jaringan 2 - 1. Jurulatih T-Team Yunus Aliff masih bimbang dengan persembahan pemain import mereka iaitu Zacharia Simukonda yang beraksi agak longlai tetapi ada sedikit pengharapan daripada penyerang baru mereka iaitu Faiz Subri untuk membuat sesuatu pada perlawanan ini. Menjadi persoalan adakah barisan pemain T-Team yang ada sekarang mampu menahan asakan daripada pemain Selangor yang nampak agak seimbang di semua posisi. Bagi DoN HanzZ dengan perancangan jurulatih yang penuh pengalaman Yunus Aliff, pasti pasukan T-Team bakal sekali lagi membuat pasukan Selnagor pulang hampa daripada Kuala Terengganu.

Selamat Berjuang Untuk Kedua-dua Pasukan

Kepada penyokong-penyokong bolasepak tanahair...Ayuh Penuhkan Stadium-stadium berdekatan anda dan sokonglah pasukan kesayangan anda dengan sepenuh JIWA 


Bolasepak Malaysia Hak Rakyat Malaysia............

Friday, January 20, 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Super 2012 - 20/01/2012 Kedah Vs. Kelantan

Kredit Gambar : - FB Kenari FM
DoN HanzZ memilih perlawanan Kedah dengan Kelantan kerana tertarik dengan kedua-dua pasukan ini setelah mengharungi perlawanan ketiga masing-masing. Kedah telah mengharungi ketiga-tiga perlawanan sebelum ini dengan tanpa menghasilkan satu jaringan sekalipun apabila tewas ditangan T-Team 0 - 3 dan seri tanpa jaringan dengan Lions XII dan PKNS FC. Sementara Kelantan pula memperlihatkan Nor Shahrul Idlan Talaha merupakan orang penting didalam mengharungi 3 perlawanan sebelum ini.

Kedah pada perlawanan ini, tidak dapat tidak harus melakukan sesuatu untuk memperoleh kembali kepercayaan penyokong yang dilihat agak kecewa dengan persembahan yang ditunjukkan dalam 3 perlawanan sebelum ini. Jentera serangan mereka yang tidak ampuh itu membuatkan mereka ketandusan gol. Disamping melihat tidak berkesannya peranan pemain import mereka iaitu Daniel Baroni sehinggakan pemain ini meluahkan rasa kecewanya di laman FB beliau. Disamping pada perlawanan ketiga yang lalu jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha mengatakan yang beliau kemungkinan akan menurunkan barisan sepenuhnya pemain tempatan apabila bertemu Kelantan. Ada pula sesetengah penyokong menyalahkan pihak pengurusan KFA yang tidak pandai menilai pemain-pemain baru yang dibawa masuk untuk bermain dengan pasukan Kedah. DoN HanzZ sendiri dapat melihat pada perlawanan menentang PKNS FC pemain-pemain baru Kedah ini nampaknya tidak begitu menyerlah dan ada pemain dianggap hanya sebagai pelengkap pasukan tanpa memberi apa-apa sumbangan didalam padang. Apa sekalipun, penyokong-penyokong masih lagi sayang akan pasukan Kedah dan mereka menaruh sepenuh harapan agar pasukan Kedah mampu untuk menwaskan pasukan Kelantan.

Bagi Kelantan pula dilihat pemain-pemain import mereka tidak begitu menyerlah di dalam 3 perlawanan sebelum ini dimana kelibat Nor Shahrul Idlan Talaha kembali mencuri tumpuan setelah pulih sepenuhnya daripada kecederaan. Ini sesuatu yang dianggap positif untuk pasukan Kelantan dan juga pasukan kebangsaan kita. Tan Sri Annuar Musa didalam laman FB beliau ada mengatakan kemungkinan ada rombakan dalam pasukan Kelantan dan pemain-pemain import yang ada mungkin akan ditukar. Bagi DoN HanzZ penstukturan pengurusan pasukan Kelantan adalah yang terbaik di dalam Malaysia tetapi dari segi permainan pasukan Kelantan masih lagi ada kelemahan dan perlu banyak diperbaiki. Boleh dikatakan semua pasukan yang bertanding didalam Liga Super setakat ini keupayaan mereka nampak setara sahaja tanpa mana-mana pasukan boleh mengatakan pasukan mereka adalah yang terhebat.

Selamat Berjuang Untuk Kedua-dua Pasukan

Kepada penyokong-penyokong bolasepak tanahair...Ayuh Penuhkan Stadium-stadium berdekatan anda dan sokonglah pasukan kesayangan anda dengan sepenuh JIWA 


Bolasepak Malaysia Hak Rakyat Malaysia............

Tuesday, January 17, 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Super 2012 - 17/01/2012 Sarawak lwn. Terengganu





Pada minggu kedua ini DoN HanzZ memilih perlawanan antara Sarawak dengan Terengganu sebagai perlawanan tumpuan. Mesti sesiapa yang membaca blog ini akan tertanya tanya kenapa DoN HanzZ memilih perlawanan ini. Bukan apa DoN HanzZ tak nak "bias" seperti yang kecoh sekarang ini mengatakan stesen TV ini tak adil steseb TV itu tak adil padahal sebenarnya siaran langsung bagi stesen TV telah pun diatur mengikut penggiliran pasukan-pasukan, kebetulan pulak pasukan yang tiba giliran mendapat liputan siaran langsung  berlawan dengan pasukan yang sama yang dah tetapkan untuk mendapat siaran langsung untuk perlawanan sebelumnya.

Ok, kita tinggalkan bab siaran langsung ni, pertemuan Sarawak - Terengganu menjadi pilihan kerana kedudukan terkini Liga Super menyaksikan 2 pasukan ini menduduki tempat keempat dan kelima walaupun mempunyai mata yang sama. Adakah perlawanan malam ini bakal merubah kedudukan kedua-dua pasukan?Adakah jaringan gol yang besar bakal disaksikan dalam perlawanan ini?

Dikhabarkan juga, kedua-dua pemain import Terengganu iaitu Francis Doe dan Ericson da Silva Santos bakal  beraksi perlawanan sulung mereka menentang Sarawak kali ini. Mampukah barisan pertahanan Sarawak membendung asakan Francis Doe serta barisan serangan Terengganu yang lain yang diakui sememangnya hebat terdiri dari Abdul Hadi Yahya, Manaf Mamat dan Ashaari Shamsuddin.Pertahanan Sarawak seharusnya bekerja keras untuk mengawal pergerakan mereka ini,Ramesh Lai ban Huat, Mazwandi Zakeria, Yosri Derma Raju dan pertahanan import Guy Bwele.

Pengendali Sarawak yang berpengalaman iaitu Robert Alberts pasti ada ramuan tersendiri untuk menjinakkan pasukan Terengganu disamping kelebihan beraksi di gelanggang sendiri manakala Mat Zan Mat Aris pasti mengharapkan anak-anak buahnya memanfaatkan peluang yang terhidang untuk diterjemahkan dengan gol seterusnya memastikan membawa pulang 3 mata dari Bumi Kenyalang.

Selamat Berjuang Untuk Kedua-dua Pasukan

Kepada penyokong-penyokong bolasepak tanahair...Ayuh Penuhkan Stadium-stadium berdekatan anda dan sokonglah pasukan kesayangan anda dengan sepenuh JIWA 


Bolasepak Malaysia Hak Rakyat Malaysia............

Friday, January 13, 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Super 2012 - 14/01/2012 Kedah Vs. Lions XII

Kredit Gambar : Penyokong Setia Hijau Kuning FB Page
Disini DoN HanzZ tak nak bercerita pasal berita panas yang kecoh 2 3 hari ni...kalau bersembang pun apa yang kita ni boleh buat??Lebih baik kita fokus kepada pasukan bolasepak kesayangan kita dan Liga Super yang sedang berjalan sekarang. Minggu pertama perlawanan kedua DoN HanzZ memilih perlawanan Kedah menentang Lions XII iaitu pasukan muda kebangsaan Singapura.

Jika ada yang masih ingat dahulunya (20 tahun yang lalu) pasukan Kedah dan Singapura adalah musuh tradisi dalam pertandingan Piala Malaysia dan Liga Semi Pro. Seluruh penyokong-penyokong Kedah khasnya dan Malaysia amnya akan memberi tumpuan kepada perlawanan melibatkan dua musuh tradisi ini. DoN HanzZ sendiri pernah merasakan kehangatan di masa itu apabila dua pasukan ini bertemu, memang meriah dan stadium "full house" melibatkan penyokong kedua - dua pasukan, penyokong Singapura juga sanggup merentas Tambak Johor bagi menyaksikan perlawanan. Penyokong Singapura ketika ini dikenali "Die Hard Fans Singapore". Terkenal dengan slogan "Kallang Roar" ketika pasukan mereka beraksi di Stadium Nasional, Kallang, Singapura. Dua musuh tradisi ini juga pernah bertemu di pentas akhir Piala Malaysia tahun 1990 dan 1993 dimana kedua-duanya dimenangi oleh pasukan KEDAH.

Apatahlagi pada tahun 1989 dan 1990, pemain kelahiran Singapura telah mewakili pasukan Kedah sebagai pemain import ketika itu, V.Sundramoorthy yang secara kebetulan pula pada perlawanan nanti V.Sundramoorthy menjadi jurulatih kepada pasukan Lions XII. Setelah 22 tahun, penyokong pasukan Kedah dapat melihat kembali kelibat V.Sundramoorthy tetapi bukan lagi sebagai pemain tetapi jurulatih.

Pada perlawanan pembuka tirai Liga Super pada Selasa lalu, kedua-dua pasukan mengalami nasib yang sama iaitu tewas kepada lawan masing-masing, Kedah tewas kepada T-Team 0 - 3 manakala Lions XII tewas kepada Kelantan 1 - 2. Pada pendapat DoN HanzZ, perlawanan ini begitu penting kepada kedua-dua pasukan untuk memulihkan kembali keyakinan penyokong kepada pasukan dan juga memotivasikan para pemain ke arah lebih positif untuk mengharungi baki perlawanan yang masih jauh. 

Sudah pasti perlawanan ini akan menampilkan penampilan berbeza kedua-dua pasukan setelah jurulatih masing-masing sudah mengenalpasti segala kelemahan pada perlawanan pertama yang lalu. Ianya pasti menarik untuk dipersembahkan kepada penyokong - penyokong terutama penyokong - penyokong pasukan Kedah bilamana Kedah akan beraksi dihadapan penyokong sendiri iaitu di Stadium Darulaman, Alor Setar.

Untuk pasukan LIONS XII...."Sundram...WELCOME BACK TO DARULAMAN STADIUM".Dan untuk pasukan KEDAH "Pulun KEDAH Pulun"



Selamat Berjuang Kepada Kedua-dua Pasukan

Kepada penyokong-penyokong bolasepak tanahair...Ayuh Penuhkan Stadium-stadium berdekatan anda dan sokonglah pasukan kesayangan anda dengan sepenuh JIWA


Bolasepak Malaysia Hak Rakyat Malaysia............


Klip Video Final Piala Malaysia 1993 Kedah Vs. Singapura

Monday, January 9, 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Super 2012 - 10/01/2012 N.Sembilan Vs. Selangor

Kredit Gambar : Kecik Evans UN9

Kemeriahan dan bahang kehangatan Liga Malaysia 2012 sudah bermula apabila perlawanan pembukaan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah telah dimenangi oleh Juara Piala Malaysia tahun lalu NEGERI SEMBILAN menewaskan Juara Liga Super tahun lalu KELANTAN.

Untuk DoN HanzZ pada pertemuan pertama Liga Super 2012 DoN HanzZ sekali lagi memilih perlawanan melibatkan Negeri Sembilan yang akan bertemu dengan pasukan Selangor. Kenapa DoN HanzZ memilih perlawanan ini adalah semestinya sebab N.Sembilan juara Piala Malaysia tahun lalu dan ianya masih segar diingatan para penyokong bolasepak tanahair. Sebab kedua ianya ibarat pertembungan dendam yang tak berbalas kepada jurulatih Selangor Haji Irfan Bakti yang membimbing pasukan Terengganu musim lalu tetapi tewas ditangan pasukan N.Sembilan yang dibimbing Mohd. Azraai Khor Abdullah dalam perlawanan akhir Piala Malaysia. Pertembungan menarik antara dua jurulatih tempatan yang hebat dimasa kini amat-amat dinantikan oleh pemerhati dan juga penyokong bolasepak Malaysia.

Sama ada kalah atau menang untuk kedua-dua pasukan, ianya bukanlah gambaran awal pasukan mana yang lebih kuat dan lebih berpotensi untuk menjuarai liga tetapi ianya boleh menjadi pemangkin untuk memantapkan lagi pasukan untuk mengharungi liga.

Tidak ketinggalan musim 2012 ini penyokong kedua-kedua pasukan ingin melihat kelibat pemain import pasukan kesayangan beraksi bilamana aksi awal yang meyakinkan telah ditunjukkan oleh pemain import N.Sembilan iaitu Jean Emmanuel Effa Owona apabila dia telah menjaringkan dua gol bagi membolehkan N.Sembilan menjulang trofi Sumbangsih. Apakah Ramez Dayoub pertahanan import Selangor dari Lubnan dapat mengekang pergerakan Effa Owona yang berasal dari Cameroon? Ataupun Lelo Mbele penyerang import Selangor dari Congo akan meledakkan gol menewaskan benteng pertahanan N.Sembilan yang diterajui oleh pemain-pemain tempatan?(Bergantung kepada masa perlawanan sebenar jika ketiga-tiga mereka boleh diturunkan)

Selamat Berjuang kepada kedua-dua pasukan.

Kepada penyokong-penyokong bolasepak tanahair...Ayuh Penuhkan Stadium-stadium berdekatan anda dan sokonglah pasukan kesayangan anda dengan sepenuh JIWA

Bolasepak Malaysia Hak Rakyat Malaysia............


Sunday, January 8, 2012

Pengenalan Pasukan Liga Super 2012 - Singapore Lions XII



Nama :Singapore Lions
Gelaran : Young Lions
Stadium : Stadium Jalan Besar - 8,000 kapasiti
Slogan : Roar Lions Roar
Warna Jersi : Merah/Putih(T.Rumah)Biru/Putih(Tempat Lawan)
Penyokong : LATW Crew

Presiden :
Pengurus : Eugene Loo
Ketua Jurulatih : V.Sundramoorthy
Penolong K.Jurulatih : Abdul Kadir Yahya
Jurulatih Penjaga Gol : Lee Bee Seng


Pencapaian Tahun 2011 : Kemunculan Pertama Liga Malaysia

Pemain-Pemain

Penjaga Gol : (1)Izwan Mahbub,(18)Hyrulnizam Jumaat,(30)Al-Faiz Ishak
Pertahanan : (21)Safuwan Baharuddin,(23)Jumaat Jantan,(3)Saiful Esah,(19)Irwan Shah,(26)Shakir Hamzah,(22)Shevki Shaaban,(15)Shahir Hamzah,(6)Madhu Mohana,(5)Baihakki Khaizan
Tengah : (14)Harris Harun,(28)Safirul Sulaiman,(13)Izdin Shafiq,(17)Shahril Ishak(Kapten),(4)Isa Halim,(9)Taufiq Rahmat,(16)Raihan Abd Rahman,(8)Shahdan Sulaiman,(27)Yasir Hanafi,(24)Firdaus Kasman,(29)G.Pravin,
Serangan : (10)Khairul Amri Kamal),(20)Kharul Nizam Kamal,(7)Gabriel Quak,(2)Fazli Ayub,(11)agu Casmir,(25)Sufian Anuar

*( )-No.Jersi





Pengenalan Pasukan Liga Super 2012 - Sarawak


Nama :Persatuan Bolasepak Negeri Sarawak (FAS)
Gelaran : Bujang Senang, The Crocs
Stadium : Stadium Negeri - 40,000 kapasiti
Slogan : Encang Sarawak Encang
Warna Jersi : Hitam/Merah(T.Rumah)Biru/Hitam(Tempat Lawan)
Penyokong : Kelab Penyokong Bolasepak Sarawak, UltraCrocs

Presiden :Datu Sudarsono Othman
Pengurus : Robert Alberts
Ketua Jurulatih : Robert Alberts
Penolong K.Jurulatih : Farhan Abdullah
Jurulatih Penjaga Gol : P.Mohana Sundram


Pencapaian Tahun 2011 : Naib Juara Liga Perdana, Pusingan Pertama Piala FA, Peringkat Kelayakan Kumpulan Piala Malaysia

Pemain-Pemain

Penjaga Gol : (1)Sany Anuar Kamsani,(21)Aidil Muhammad,(22)Saiful Amar Sudar
Pertahanan : (2)Ramesh Lai Ban Huat,(3)Mazwandi Zekeria,(5)Shahran Abd Samad,(13)Mohd Dzulazlan Ibrahim,(17)Yosri Derma Raju,(32)Guy Bwele
Tengah : (4)Shahrol Malek,(6)Mohd Fariz Tukijo,(12)K.Rajan,(14)Azizan Saperi,(15)Mohd Azizan Baba,(16)Shahrol Saperi,(19)Ronald Dennis,(25)Benedict Martin
Serangan : (7)Zamri Morshidi,(9)Mohd Hairul Mokhtar(Kapten),(11)K.Ravindran,(18)Mohd Rashid Aya,(20)Khairul Azhar Eidros,(27)Ashri Chuchu,(33)Kalle Sone

*( )-No.Jersi


Pemain Baru Sarawak 2012

1.Saiful Amar Sudar - Penjaga Gol
2.Sani Anuar Kamsani - Penjaga Gol
3.Ramesh Lai Ban Huat - Pertahanan
4.Yosri Derma Raju - Pertahanan
5.Roland Dennis - Tengah
6.Mohd Azizan Baba - Tengah
7.K.Rajan - Tengah
8.K.Ravindran - Penyerang
9.Rashid Aya - Penyerang
10. Guy Bwele - Pertahanan
11. Kalle Sone - Penyerang

Pengenalan Pasukan Liga Super 2012 - PKNS FC





Nama :Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Football Club (PKNS FC)
Gelaran : Semut Merah, The Fire Ants
Stadium : Stadium Majlis Bandara Petaling Jaya(MBPJ) - 25,000 kapasiti
Slogan : 
Warna Jersi : Merah/Oren(T.Rumah)Biru(Tempat Lawan)
Penyokong : Kelab Penyokong Siber PKNS FC

Presiden :Noor Hisham Mohd Ghouth
Pengurus : Haji Yaacob Haji Jailani
Ketua Jurulatih : Haji Abdul Rahman Ibrahim
Penolong K.Jurulatih : Anuar Abu Bakar, Azrin Mohamed
Jurulatih Penjaga Gol : Shuhaimi Abd Hamid


Pencapaian Tahun 2011 : Juara Liga Perdana, Pusingan Kedua Piala FA, Peringkat Kelayakan Kumpulan Piala Malaysia

Pemain-Pemain

Penjaga Gol : (1)Mohd Hafidz Romly,(22)Mohd Remezey Che Rus,(23)Razi Effendi Suhit
Pertahanan : (2)Mohd Helmi Remeli,(3)Fazrul Nizwan,(4)Mohd Fadhil Mohd Hashim(Kapten),(5)Muhammad Idris Ahmad,(15)Mohd Faizal Nasir,(16)Mohd Zulharis Mohd Noor,(18)Ahmad Shahril Zakaria,(19)Ahmad Azlan Zainal
Tengah : (8)Mohd Khairu Azrin Khazali,(12)P.Rajesh,(13)Muhd Fauzan Dzulkifli,(14)Farouk Hashim,(17)Mohd Norhafizuan Jailani,(20)Azwan Abdul Malek,(21)Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham,(25)Muhd Fazli Baharudin
Serangan : (9)Rudie Ramli,(10)Mohd Nazrin Shamsul Bahari,(11)Mohd Asyidi Dilashar Yusof,(24)Mohd Khairul Akhyar Husain

*( )-No.Jersi


Pemain Baru PKNS FC 2012

1.Mohd Hafidz Romly (drpd Pulau Pinang) - Penjaga Gol
2.Mohd Remezey Che Rus (drpd Kuala Lumpur) - Penjaga Gol
3.Fahrul NIzwan Abd Nasir (drpd ATM) - Pertahanan
4.Farouk Hashim (drpd Kuala Lumpur) - Pertahanan
5.Ahmad Azlan Zainal (drpd Kuala Lumpur) - Pertahanan
6.Mohd Helmi Remeli (drpd Terengganu) - Pertahanan
7.Mohd Faizal Nasir (drpd Pos Malaysia FC) - Pertahanan
8.Mohd Fazli Baharudin (drpd Pahang) - Tengah
9.Azwan Abdul Malek (drpd Kuala Lumpur) - Tengah
10.Rudie Ramli (drpd Selangor) - Penyerang



Saturday, January 7, 2012

Pengenalan Pasukan Liga Super 2012 - Kuala Lumpur


Nama : Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA)
Gelaran : Helang, City Boys, City Squad
Stadium : Stadium Hang Jebat(sehingga Stadium Cheras siap dibaikpulih) - 30,000 kapasiti
Slogan : We Are City Boys
Warna Jersi : Merah(T.Rumah)Biru(Tempat Lawan)
Penyokong : Kuala Lumpur Ultras City Boys

Presiden :Datuk Astamam Abdul Azzi
Pengurus : Rusli Baba
Ketua Jurulatih : Razip Ismail
Penolong K.Jurulatih : Tan Siew Sing
Jurulatih Penjaga Gol : Faris Ahmad


Pencapaian Tahun 2011 : Tempat Ke-12 Liga Super, Suku Akhir Piala FA, Peringkat Kelayakan Kumpulan Piala Malaysia

Pemain-Pemain

Penjaga Gol : (1)Zahid Ahmad,(12)Rozaimi Rohim,(21)Amirul Abu Seman
Pertahanan : (3)Hishamuddin Othman,(4)Ahmad Jihad Ismail,(6)Hazwan Rahman,(8)Zameer Zainun,(13)Aslam Najamudeen,(16)Arman Fareez Ali,(18)azrul Azmi,(25)Ahmad Dashila Tajuddin,(29)Aiman Syazwan Abdullah
Tengah : (7)Syafiq Johari,(10)Khairul Anuar Shafie,(11)Pritam Singh,(24)Nurhakim Azhar,(26)Saddam Hussein Abd Rahman,(27)Dzurrun Salam Ismail
Serangan : (5)Khairulanuar Jamil,(9)Afiq Azmi,(14)Badrul Hisyam Azmi,(19)Stanley Bernard,(20)Fazuan Abdullah,(23)S.Sivaraj

*( )-No.Jersi


Pemain Baru Sabah 2012

1.Azrul Azmi (pinjaman dr Felda United) - Pertahanan
2.Khairulanuar Jamil (pinjaman dr Felda United) - Penyerang
3.Stanley Bernard (drpd Sabah) - Penyerang



Pengenalan Pasukan Liga Super 2012 - Sabah


Nama : Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA)
Gelaran : Sabahawks
Stadium : Stadium Likas - 35,000 kapasiti
Slogan : 
Warna Jersi : Merah(T.Rumah)Puti/Biru(Tempat Lawan)
Penyokong : Sabahawks.Net, Northern Borneo Ultras

Presiden : -YAB Datuk Seri Musa Haji Aman
Pengurus : Shahriman Abdullah
Ketua Jurulatih : Justin Ganai
Penolong K.Jurulatih : Andrew Majjanggim
Jurulatih Penjaga Gol : Khairul Azman Mohamad
Jurulatih Kecergasan : Sulaiman Arman
Fisioterapi : Matlan Basir


Pencapaian Tahun 2011 : Tempat Ke-10 Liga Super, Pusingan Pertama Piala FA, Suku Akhir Piala Malaysia

Pemain-Pemain

Penjaga Gol : (1)Azizon Abdul Kadir,(22)Irwan Jamil,(25)Syed Adney Syed Hussain
Pertahanan : (2)Mafrey Balang,(4)Ronny Harun,(5)Reithaudeen Emran(Kapten),(35)Mohd Faris Azlan Mat Isa
Tengah : (3)Sumardi Hajalan,(7)Brendan Gan,(8)Zuraindey Jumai,(11)Alto Linus,(14)K.Thanaraj,(15)Rosdin Wasli,(17)Shahrul Azhar Ture,(19)Saffuan Ibrahim,(21)Radzi Mohd Hussin,(27)Sabri Sahar,Shahrudin Yakup
Serangan : (9)Razlan Otto,(10)Bobby Gonzalez,(23)Juffry Omopor,(26)Leopold Alphonso,Michael Baird

*( )-No.Jersi


Pemain Baru Sabah 2012

1.Irwan Jamil (free agent) - Penjaga Gol
2.Ronny Harun (drpd Terengganu) - Pertahanan
3.Brendan Gan (drpd Bonnyrigg White Eagle,Australia) - Tengah
4.Shahrudin Yakup (drpd Sime Darby FC) - Tengah
5.Michael Baird (drpd Central Coast Mariners,Australia) - Penyerang
6.Bobby Gonzalez (drpd Sarawak) - Penyerang



Pengenalan Pasukan Liga Super 2012 - Felda United


Nama : Felda United Football Club (Felda United FC)
Gelaran : The Settlers
Stadium : Stadium Hang Jebat(menggantikan Stadium Cheras yg dibaikpulih) - 30,000 kapasiti
Slogan : Serang Bang Serang
Warna Jersi : Oren/Hitam(T.Rumah)Biru/Putih(Tempat Lawan)
Penyokong : Kelab Penyokong Felda United

Presiden : -Dato' Dzulkifli Abd Wahab
Pengurus : Dato' Dzulkifli Abd Wahab
Ketua Jurulatih : E.Elavarasan
Penolong K.Jurulatih : Hj. Ahmad Yusoff,Ridzuan Abu Shah, Shahril Arsat,Md Zaidi Sulong
Jurulatih Penjaga Gol : Karel Stromsik
Fisioterapi : Fadzil Salleh, Mohd Azim Abd Rahman, Woo Kong Soon


Pencapaian Tahun 2011 : Tempat Ke-11 Liga Super, Suku Akhir Piala FA, Suku Akhir Piala Malaysia

Pemain-Pemain

Penjaga Gol : (1)Mohd Syamim Othman,(21)Hamsani Ahmad,(22)Mohd Suffian Abd Rahman
Pertahanan : (2)Farid Ramli,(6)Nazri Ahmad,(24)M.Sivakumar,(3)Irfan Abdul Ghani,(17)Abd Ghani Abd Rahman,(18)Juzaili Samion
Tengah : (13)Raimi Mohd Nor,(11)Yong Kuong Yong,(25)Hardi Jaafar,(12)Khairan Ezuan Razali,(19)S.Sivanesan
Serangan : (7)Azrul Ahmad,(9)Farderin Kadir,(4)Ahmad Aminuddin Shaharuddin,(20)Mohd Nizad Ayub,(10)Norizam Salaman,(5)Ahmad Fakri Sharani,(8)Firdaus Fauzi

*( )-No.Jersi


Pemain Baru Felda United FC 2012

1.Mohd Suffian Abd Rahman (drpd Pahang) - Penjaga Gol
2.Mohd Syamim Othman (drpd Johor) - Penjaga Gol
3.Mohd Farid Ramli (drpd Kuala Lumpur) - Pertahanan
4.Mohd Nazri Ahmad (drpd Harimau Muda A) - Pertahanan
5.Mohd Irfan Abd Ghani (drpd Johor FC) - Pertahanan
6.M.Sivakumar (drpd Sabah FA) - Pertahanan
7.Yong Kuong Yong (drpd Kuala Lumpur) - Tengah
8.Khairan Ezuan Razali (pinjaman dr Kelantan) - Tengah
9.Hardi Jaafar (drpd Selangor) - Tengah
10.Raimi Mohd Nor (drpd Sime Darby FC) - Tengah
11.S.Sivanesan (drpd Harimau Muda A) - Tengah
12.Firdaus Fauzi (drpd Kedah) - Penyerang
13.Norizam Salaman (drpd Johor) - Penyerang
14.Mohd Nizad Ayub (pinjaman dr Kelantan) - Penyerang
15.Ahmad Fakri Saarani (drpd Negeri Sembilan) - Penyerang
16.Ahmad Aminuddin Shaharudin (drpd Negeri Sembilan) - Penyerang