Followers

Friday, January 13, 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Super 2012 - 14/01/2012 Kedah Vs. Lions XII

Kredit Gambar : Penyokong Setia Hijau Kuning FB Page
Disini DoN HanzZ tak nak bercerita pasal berita panas yang kecoh 2 3 hari ni...kalau bersembang pun apa yang kita ni boleh buat??Lebih baik kita fokus kepada pasukan bolasepak kesayangan kita dan Liga Super yang sedang berjalan sekarang. Minggu pertama perlawanan kedua DoN HanzZ memilih perlawanan Kedah menentang Lions XII iaitu pasukan muda kebangsaan Singapura.

Jika ada yang masih ingat dahulunya (20 tahun yang lalu) pasukan Kedah dan Singapura adalah musuh tradisi dalam pertandingan Piala Malaysia dan Liga Semi Pro. Seluruh penyokong-penyokong Kedah khasnya dan Malaysia amnya akan memberi tumpuan kepada perlawanan melibatkan dua musuh tradisi ini. DoN HanzZ sendiri pernah merasakan kehangatan di masa itu apabila dua pasukan ini bertemu, memang meriah dan stadium "full house" melibatkan penyokong kedua - dua pasukan, penyokong Singapura juga sanggup merentas Tambak Johor bagi menyaksikan perlawanan. Penyokong Singapura ketika ini dikenali "Die Hard Fans Singapore". Terkenal dengan slogan "Kallang Roar" ketika pasukan mereka beraksi di Stadium Nasional, Kallang, Singapura. Dua musuh tradisi ini juga pernah bertemu di pentas akhir Piala Malaysia tahun 1990 dan 1993 dimana kedua-duanya dimenangi oleh pasukan KEDAH.

Apatahlagi pada tahun 1989 dan 1990, pemain kelahiran Singapura telah mewakili pasukan Kedah sebagai pemain import ketika itu, V.Sundramoorthy yang secara kebetulan pula pada perlawanan nanti V.Sundramoorthy menjadi jurulatih kepada pasukan Lions XII. Setelah 22 tahun, penyokong pasukan Kedah dapat melihat kembali kelibat V.Sundramoorthy tetapi bukan lagi sebagai pemain tetapi jurulatih.

Pada perlawanan pembuka tirai Liga Super pada Selasa lalu, kedua-dua pasukan mengalami nasib yang sama iaitu tewas kepada lawan masing-masing, Kedah tewas kepada T-Team 0 - 3 manakala Lions XII tewas kepada Kelantan 1 - 2. Pada pendapat DoN HanzZ, perlawanan ini begitu penting kepada kedua-dua pasukan untuk memulihkan kembali keyakinan penyokong kepada pasukan dan juga memotivasikan para pemain ke arah lebih positif untuk mengharungi baki perlawanan yang masih jauh. 

Sudah pasti perlawanan ini akan menampilkan penampilan berbeza kedua-dua pasukan setelah jurulatih masing-masing sudah mengenalpasti segala kelemahan pada perlawanan pertama yang lalu. Ianya pasti menarik untuk dipersembahkan kepada penyokong - penyokong terutama penyokong - penyokong pasukan Kedah bilamana Kedah akan beraksi dihadapan penyokong sendiri iaitu di Stadium Darulaman, Alor Setar.

Untuk pasukan LIONS XII...."Sundram...WELCOME BACK TO DARULAMAN STADIUM".Dan untuk pasukan KEDAH "Pulun KEDAH Pulun"



Selamat Berjuang Kepada Kedua-dua Pasukan

Kepada penyokong-penyokong bolasepak tanahair...Ayuh Penuhkan Stadium-stadium berdekatan anda dan sokonglah pasukan kesayangan anda dengan sepenuh JIWA


Bolasepak Malaysia Hak Rakyat Malaysia............


Klip Video Final Piala Malaysia 1993 Kedah Vs. Singapura

No comments:

Post a Comment