Followers

Friday, January 27, 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Super 2012 - 28/01/2012 T-Team Vs. Selangor



Minggu ke 5 Liga Super, DoN HanzZ memilih perlawanan antara T-Team dan Selangor sebagai perlawanan tumpuan. Ini kerana pada tahun lalu Selangor tewas semua 4 pertemuan bertemu dengan T-Team. Adakah pada tahun ini skripnya bakal berubah atau Selangor bakal terima nasib yang sama pada tahun lalu?

Jurulatih Selangor, Haji Irfan Bakti nyata sedikit bimbang dengan rekod pertemuan pada tahun lalu tetapi berasa yakin anak-anak buah beliau bakal melakar kejayaan bagi meleburkan rekod buruk kalah kepada T-Team tahun lalu. Namun begitu Haji Irfan harus mempertajamkan lagi bahagian serangan pasukannya untuk mempastikan kejayaan milik Selangor. Gol-gol Selangor sebelum ini dijaringkan oleh pemain-pemain tengah iaitu Amirulhadi Zainal dan juga Safiq Rahim. Namun begitu keseluruhan persembahan pasukan Selangor masih lagi ditahap terbaik buat ketika ini.

T-Team pada tahun ini kehilangan beberapa tonggak utama yang berhijrah ke pasukan Kelantan, walau kehilangan tetapi mereka memulakan aksi pada perlawanan pertama dengan memberansangkan iaitu dengan menewaskan pasukan Kedah 3 - 0 di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Malangnya mereka tewas pertama kali kepada pasukan "abang" mereka iaitu Terengganu pada perlawanan minggu keempat dengan jaringan 2 - 1. Jurulatih T-Team Yunus Aliff masih bimbang dengan persembahan pemain import mereka iaitu Zacharia Simukonda yang beraksi agak longlai tetapi ada sedikit pengharapan daripada penyerang baru mereka iaitu Faiz Subri untuk membuat sesuatu pada perlawanan ini. Menjadi persoalan adakah barisan pemain T-Team yang ada sekarang mampu menahan asakan daripada pemain Selangor yang nampak agak seimbang di semua posisi. Bagi DoN HanzZ dengan perancangan jurulatih yang penuh pengalaman Yunus Aliff, pasti pasukan T-Team bakal sekali lagi membuat pasukan Selnagor pulang hampa daripada Kuala Terengganu.

Selamat Berjuang Untuk Kedua-dua Pasukan

Kepada penyokong-penyokong bolasepak tanahair...Ayuh Penuhkan Stadium-stadium berdekatan anda dan sokonglah pasukan kesayangan anda dengan sepenuh JIWA 


Bolasepak Malaysia Hak Rakyat Malaysia............

No comments:

Post a Comment