Followers

Tuesday, January 17, 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Super 2012 - 17/01/2012 Sarawak lwn. Terengganu





Pada minggu kedua ini DoN HanzZ memilih perlawanan antara Sarawak dengan Terengganu sebagai perlawanan tumpuan. Mesti sesiapa yang membaca blog ini akan tertanya tanya kenapa DoN HanzZ memilih perlawanan ini. Bukan apa DoN HanzZ tak nak "bias" seperti yang kecoh sekarang ini mengatakan stesen TV ini tak adil steseb TV itu tak adil padahal sebenarnya siaran langsung bagi stesen TV telah pun diatur mengikut penggiliran pasukan-pasukan, kebetulan pulak pasukan yang tiba giliran mendapat liputan siaran langsung  berlawan dengan pasukan yang sama yang dah tetapkan untuk mendapat siaran langsung untuk perlawanan sebelumnya.

Ok, kita tinggalkan bab siaran langsung ni, pertemuan Sarawak - Terengganu menjadi pilihan kerana kedudukan terkini Liga Super menyaksikan 2 pasukan ini menduduki tempat keempat dan kelima walaupun mempunyai mata yang sama. Adakah perlawanan malam ini bakal merubah kedudukan kedua-dua pasukan?Adakah jaringan gol yang besar bakal disaksikan dalam perlawanan ini?

Dikhabarkan juga, kedua-dua pemain import Terengganu iaitu Francis Doe dan Ericson da Silva Santos bakal  beraksi perlawanan sulung mereka menentang Sarawak kali ini. Mampukah barisan pertahanan Sarawak membendung asakan Francis Doe serta barisan serangan Terengganu yang lain yang diakui sememangnya hebat terdiri dari Abdul Hadi Yahya, Manaf Mamat dan Ashaari Shamsuddin.Pertahanan Sarawak seharusnya bekerja keras untuk mengawal pergerakan mereka ini,Ramesh Lai ban Huat, Mazwandi Zakeria, Yosri Derma Raju dan pertahanan import Guy Bwele.

Pengendali Sarawak yang berpengalaman iaitu Robert Alberts pasti ada ramuan tersendiri untuk menjinakkan pasukan Terengganu disamping kelebihan beraksi di gelanggang sendiri manakala Mat Zan Mat Aris pasti mengharapkan anak-anak buahnya memanfaatkan peluang yang terhidang untuk diterjemahkan dengan gol seterusnya memastikan membawa pulang 3 mata dari Bumi Kenyalang.

Selamat Berjuang Untuk Kedua-dua Pasukan

Kepada penyokong-penyokong bolasepak tanahair...Ayuh Penuhkan Stadium-stadium berdekatan anda dan sokonglah pasukan kesayangan anda dengan sepenuh JIWA 


Bolasepak Malaysia Hak Rakyat Malaysia............

No comments:

Post a Comment