Followers

Monday, January 9, 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Super 2012 - 10/01/2012 N.Sembilan Vs. Selangor

Kredit Gambar : Kecik Evans UN9

Kemeriahan dan bahang kehangatan Liga Malaysia 2012 sudah bermula apabila perlawanan pembukaan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah telah dimenangi oleh Juara Piala Malaysia tahun lalu NEGERI SEMBILAN menewaskan Juara Liga Super tahun lalu KELANTAN.

Untuk DoN HanzZ pada pertemuan pertama Liga Super 2012 DoN HanzZ sekali lagi memilih perlawanan melibatkan Negeri Sembilan yang akan bertemu dengan pasukan Selangor. Kenapa DoN HanzZ memilih perlawanan ini adalah semestinya sebab N.Sembilan juara Piala Malaysia tahun lalu dan ianya masih segar diingatan para penyokong bolasepak tanahair. Sebab kedua ianya ibarat pertembungan dendam yang tak berbalas kepada jurulatih Selangor Haji Irfan Bakti yang membimbing pasukan Terengganu musim lalu tetapi tewas ditangan pasukan N.Sembilan yang dibimbing Mohd. Azraai Khor Abdullah dalam perlawanan akhir Piala Malaysia. Pertembungan menarik antara dua jurulatih tempatan yang hebat dimasa kini amat-amat dinantikan oleh pemerhati dan juga penyokong bolasepak Malaysia.

Sama ada kalah atau menang untuk kedua-dua pasukan, ianya bukanlah gambaran awal pasukan mana yang lebih kuat dan lebih berpotensi untuk menjuarai liga tetapi ianya boleh menjadi pemangkin untuk memantapkan lagi pasukan untuk mengharungi liga.

Tidak ketinggalan musim 2012 ini penyokong kedua-kedua pasukan ingin melihat kelibat pemain import pasukan kesayangan beraksi bilamana aksi awal yang meyakinkan telah ditunjukkan oleh pemain import N.Sembilan iaitu Jean Emmanuel Effa Owona apabila dia telah menjaringkan dua gol bagi membolehkan N.Sembilan menjulang trofi Sumbangsih. Apakah Ramez Dayoub pertahanan import Selangor dari Lubnan dapat mengekang pergerakan Effa Owona yang berasal dari Cameroon? Ataupun Lelo Mbele penyerang import Selangor dari Congo akan meledakkan gol menewaskan benteng pertahanan N.Sembilan yang diterajui oleh pemain-pemain tempatan?(Bergantung kepada masa perlawanan sebenar jika ketiga-tiga mereka boleh diturunkan)

Selamat Berjuang kepada kedua-dua pasukan.

Kepada penyokong-penyokong bolasepak tanahair...Ayuh Penuhkan Stadium-stadium berdekatan anda dan sokonglah pasukan kesayangan anda dengan sepenuh JIWA

Bolasepak Malaysia Hak Rakyat Malaysia............


No comments:

Post a Comment