Followers

Friday, January 20, 2012

Perlawanan Tumpuan Liga Super 2012 - 20/01/2012 Kedah Vs. Kelantan

Kredit Gambar : - FB Kenari FM
DoN HanzZ memilih perlawanan Kedah dengan Kelantan kerana tertarik dengan kedua-dua pasukan ini setelah mengharungi perlawanan ketiga masing-masing. Kedah telah mengharungi ketiga-tiga perlawanan sebelum ini dengan tanpa menghasilkan satu jaringan sekalipun apabila tewas ditangan T-Team 0 - 3 dan seri tanpa jaringan dengan Lions XII dan PKNS FC. Sementara Kelantan pula memperlihatkan Nor Shahrul Idlan Talaha merupakan orang penting didalam mengharungi 3 perlawanan sebelum ini.

Kedah pada perlawanan ini, tidak dapat tidak harus melakukan sesuatu untuk memperoleh kembali kepercayaan penyokong yang dilihat agak kecewa dengan persembahan yang ditunjukkan dalam 3 perlawanan sebelum ini. Jentera serangan mereka yang tidak ampuh itu membuatkan mereka ketandusan gol. Disamping melihat tidak berkesannya peranan pemain import mereka iaitu Daniel Baroni sehinggakan pemain ini meluahkan rasa kecewanya di laman FB beliau. Disamping pada perlawanan ketiga yang lalu jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha mengatakan yang beliau kemungkinan akan menurunkan barisan sepenuhnya pemain tempatan apabila bertemu Kelantan. Ada pula sesetengah penyokong menyalahkan pihak pengurusan KFA yang tidak pandai menilai pemain-pemain baru yang dibawa masuk untuk bermain dengan pasukan Kedah. DoN HanzZ sendiri dapat melihat pada perlawanan menentang PKNS FC pemain-pemain baru Kedah ini nampaknya tidak begitu menyerlah dan ada pemain dianggap hanya sebagai pelengkap pasukan tanpa memberi apa-apa sumbangan didalam padang. Apa sekalipun, penyokong-penyokong masih lagi sayang akan pasukan Kedah dan mereka menaruh sepenuh harapan agar pasukan Kedah mampu untuk menwaskan pasukan Kelantan.

Bagi Kelantan pula dilihat pemain-pemain import mereka tidak begitu menyerlah di dalam 3 perlawanan sebelum ini dimana kelibat Nor Shahrul Idlan Talaha kembali mencuri tumpuan setelah pulih sepenuhnya daripada kecederaan. Ini sesuatu yang dianggap positif untuk pasukan Kelantan dan juga pasukan kebangsaan kita. Tan Sri Annuar Musa didalam laman FB beliau ada mengatakan kemungkinan ada rombakan dalam pasukan Kelantan dan pemain-pemain import yang ada mungkin akan ditukar. Bagi DoN HanzZ penstukturan pengurusan pasukan Kelantan adalah yang terbaik di dalam Malaysia tetapi dari segi permainan pasukan Kelantan masih lagi ada kelemahan dan perlu banyak diperbaiki. Boleh dikatakan semua pasukan yang bertanding didalam Liga Super setakat ini keupayaan mereka nampak setara sahaja tanpa mana-mana pasukan boleh mengatakan pasukan mereka adalah yang terhebat.

Selamat Berjuang Untuk Kedua-dua Pasukan

Kepada penyokong-penyokong bolasepak tanahair...Ayuh Penuhkan Stadium-stadium berdekatan anda dan sokonglah pasukan kesayangan anda dengan sepenuh JIWA 


Bolasepak Malaysia Hak Rakyat Malaysia............

No comments:

Post a Comment