Followers

Monday, December 26, 2011

Danilo Vivaldo - Pemain Import Kedah 2012


Danilo Vivaldo atau nama penuhnya Danilo Rafael dos Santos Vivaldo dilahirkan pada 12 Januari 1987 di Sao Paulo, Brazil. Bermain di posisi pertahanan, beliau memulakan karier profesionalnya pada tahun 2005 dengan mewakili kelab Portuguesa Santos yang berpengkalan di Sao Paulo. Pada tahun 2007 hingga tahun 2010 Danilo Vivaldo bermain pula dengan kelab Londrina juga kelab dari Brazil yang berpengkalan di Parana, Brazil. Danilo Vivaldo melebarkan kariernya dengan bermain di luar daripada negera asalnya iaitu dengan berhijrah ke Asia mewakili bekas juara kejohanan kebangsaan Bangladesh, kelab Brothers Union yang berpengkalan di Dhaka. Danilo Vivaldo berjaya membantu kelab dari Bangladesh itu menduduki tempat ke 5 dalam Liga Bangladesh pada tahun 2010. Tahun 2012, pemain berketinggian 1.89m ( 6 kaki 2 1/2 inci) ini akan pertama kali bermain untuk pasukan Kedah. Sama-sama kita nantikan adakah kelibat beliau akan menjadi sebutan sepertimana legenda-lagenda import Kedah sebelum ini seperti Olubunmi Adigun dan juga Cornelius Bernard Hugging yang menempa nama di bibir-bibir para penyokong pasukan Kedah. BOA SORTE Danilo Vivaldo!!.


Sunday, December 25, 2011

Daniel Soares Neves a.k.a Daniel Baroni - Pemain Import Kedah 2012

Daniel Soares Neves atau lebih dikenali dengan Daniel Baroni adalah pemain kelahiran Brazil dimana dilahirkan di Belo Horizonte, Minas Gerais, Brazil pada 3 Jun 1980. Daniel Baroni mempunyai ketinggian 1.73 m ( 5kaki 8 inci). Daniel Baroni memulakan karier bolasepaknya di zaman remaja dengan mewakili kelab Atletico Meneiro iaitu salah sebuah kelab ditempat kelahirannya sendiri di Belo Horizonte.Daniel Baroni telah mengembangkan karier bolasepaknya di luar Brazil dengan mewakili kelab dari Bolivia Jorge Wilstermann pada tahun 2004. Seterusnya beliau telah melangkahkan kaki mengembangkan lagi karier di Indonesia pada tahun 2009 dengan mewakili kelab Persatuan Sepakbola Makassar PSM dalam Liga Primier Indonesia. Kariernya di Indonesia hanya setahun seterusnya bermain di satu lagi negara Asia iaitu di Nepal dengan mewakili kelab Machhindra FC juga hanya setahun sebelum dia kembali ke tanahairnya Brazil untuk mewakili kelab Cruzeiro FC. Pada tahun 2012 pasukan Kedah telah sah mengambil beliau sebagai pemain import bagi pasukan. Nantikan Aksi pemain ini untuk saingan Liga Super 2012. Selamat Maju Jaya kepada Daniel Baroni

Sumber :http://en.wikipedia.org/wiki/Daniel_Soares_Neves

Saturday, December 24, 2011

Jadual Penuh Liga Super 2012 - Bulan Mac Pusingan Pertama


Semua pasukan Liga Super. Tertakluk kepada perubahan, pindaan dan kemaskini terbaru dari FAM.
3 Mac
1. T-Team mln. Sarawak
2. Lions XII mln. Felda United
3. PKNS mln. Perak
4. Kelantan mln. Negeri Sembilan
5. Kedah mln. Selangor
6. Kuala Lumpur mln. Terengganu
7. Sabah mln. Johor FC


17 Mac
1. Selangor mln. Kuala Lumpur
2. Negeri Sembilan mln. Kedah
3. Perak mln. Kelantan
4. Felda United mln. PKNS
5. Sarawak mln. Lions XII
6. Terengganu mln. Sabah
7. Johor FC mln. T-Team

31 Mac
1. Lions XII mln. T-Team
2. PKNS mln. Sarawak
3. Kelantan mln. Felda United
4. Kedah mln. Perak
5. Kuala Lumpur mln. Negeri Sembilan
6. Sabah mln. Selangor
7. Terengganu mln. Johor FC

Friday, December 23, 2011

.::Jadual Penuh Liga Super 2012 - Bulan Februari Pusingan Pertama::.

Semua pasukan Liga Super. Tertakluk kepada 
perubahan, pindaan dan kemaskini terbaru dari FAM.

7 Februari
1. Selangor mln. Lion XII
2. Negeri Sembilan mln. T-Team
3. Perak mln. Sarawak
4. Kuala Lumpur mln. Kedah
5. Sabah mln. Kelantan
6. Terengganu mln. PKNS
7. Johor FC mln. Felda United

11 Februari
1. Sarawak mln. Felda United
2. T-Team mln. Perak
3. Lions XII mln. Negeri Sembilan
4. PKNS mln. Selangor
5. Kelantan mln. Terengganu
6. Kedah mln. Sabah
7. Kuala Lumpur mln. Johor FC

14 Februari
1. Selangor mln. Kelantan
2. Negeri Sembilan mln. PKNS
3. Perak mln. Lions XII
4. Felda United mln. T-Team
5. Sabah mln. Kuala Lumpur
6. Terengganu mln. Kedah
7. Johor FC mln. Sarawak





Ayuh Penuhkan Stadium Berdekatan Anda. Berilah sokongan padu kepada pasukan kesayangan anda

Thursday, December 22, 2011

.::Jadual Penuh Liga Super 2012 - Bulan Januari Pusingan Pertama::.

Semua pasukan Liga Super. Tertakluk kepada perubahan, pindaan dan 
kemaskini terbaru dari FAM.

10 Januari
1. Negeri Sembilan mln Selangor
2. Perak mln. Terengganu
3. Felda United mln. Sabah
4. Sarawak mln. Kuala Lumpur
5. T-Team mln. Kedah
6. Lions XII mln. Kelantan
7. PKNS mln. Johor FC

14 Januari
1. Selangor mln. Perak
2. Kelantan mln. PKNS
3. Kedah mln. Lions XII
4. Kuala Lumpur mln. T-Team
5. Sabah mln. Sarawak
6. Terengganu mln. Felda United
7. Johor FC mln. Negeri Sembilan

17 Januari
1. Perak mln. Negeri Sembilan
2. Felda United mln. Selangor
3. Sarawak mln. Terengganu
4. T-Team mln. Sabah
5. Lions XII mln. Kuala Lumpur
6. PKNS mln. Kedah
7. Kelantan mln. Johor FC

21 Januari
1. Selangor mln. Sarawak
2. Negeri Sembilan mln. Felda United
3. Kedah mln. Kelantan
4. Kuala Lumpur mln. PKNS
5. Sabah mln. Lions XII
6. Terengganu mln. T-Team
7. Johor FC mln. Perak

28 Januari
1. Felda United mln. Perak
2. Sarawak mln. Negeri Sembilan
3. T-Team mln. Selangor
4. Lions XII mln. Terengganu
5. PKNS mln. Sabah
6. Kelantan mln. Kuala Lumpur
7. Kedah mln. Johor FC

Wednesday, December 21, 2011

Skuad Liga Super Kedah 2012

.:: SENARAI PEMAIN KEDAH MUSIM 2012 ::.






Helmi Eliza (Penjaga Gol)
Abdul Hadi (Penjaga Gol)
Mohd Muhaimin (Penjaga Gol)
Fauzie Nan (Pertahanan)
V.Thirumurugan (Pertahanan)
Khairul Helmi Johari (Pertahanan)
Fazliata Taib (Pertahanan)
Sabree Abu (Pertahanan)
Azmizi Azmi (Pertahanan)
Basharul Abu Bakar (Pertahanan)
Sany Mat Isa (Pertahanan)
Danilo Vivaldo (Pertahanan)
Amar Rohidan (Tengah)
See Kok Luen (Tengah)
Kamal Azira (Tengah)
Daniel Soares Neves (Tengah/Penyerang)
Ahmad Basri Abdul Wahid (Tengah)
Khyril Muhymeen (Tengah/Penyerang)
Baddrol Bakhtiar (Tengah)
Fiqri Mat Isa (Tengah)
Abdul Latiff Suhaimi (Penyerang)
Faizal Abu Bakar (Tengah/Penyerang)
Mohd Shazuan Mohd Ashraf Mathews (Penyerang)







**Kredit Gambar kepada Saudara Akasyshah Abs

Tuesday, December 20, 2011

Format Liga Malaysia 2012

Liga Super 2012 (14 pasukan)
Pasukan tempat ke 1-10 kekal di Liga Super 2013
Pasukan tempat ke 11, 12 dan 13 bermain playoff ke Liga Super 2013
Pasukan tempat ke 14 diturunkan ke Liga Premier 2013


Liga Premier 2012 (12 pasukan)
Juara Liga Premier 2012 Layak ke Liga Super 2013
Pasukan tempat ke 2 bermain playoff ke Liga Super 2013
Pasukan tempat ke 3-7 kekal di Liga Premier 2013
Pasukan tempat ke 8, 9 dan 10 bermain playoff ke Liga FAM 2013
Pasukan tempat tempat ke-11 dan 12 dikeluarkan dari Liga Premier 2013


Playoff Ke Liga Super 2013 (1 tempat) secara kalahmati
1. Pasukan tempat 11, 12 dan 13 Liga Super 2012 (3 pasukan)
2. Pasukan tempat kedua Liga Premier 2013 (1 pasukan)


Playoff Ke Liga Premier 2013 (2 tempat) secara kalahmati
1. Pasukan tempat ke 8, 9 dan 10 Liga Premier 2012 (3 pasukan)
2. Pasukan tempat kedua Liga FAM 2013 (1 pasukan)
3. Juara Liga FAM 2012 layak secara terus ke Liga Premier 2013


Piala Malaysia 2012 (16 pasukan)
12 pasukan Liga Super dan 4 pasukan Liga Premier di bahagikan kepada 4 kumpulan dengan 4 pasukan satu kumpulan


Liga Malaysia 2013-2016
Liga Super (12 pasukan)


Liga Premier (12 pasukan)


Piala Malaysia 2013 (24 pasukan)
12 pasukan Liga Super dan 12 pasukan Liga Premier di bahagikan kepada 6 kumpulan dengan 4 pasukan satu kumpulan. Juara kumpulan serta dua pasukan terbaik naib juara kumpulan layak ke suku akhir,


*Keputusan ini tidak membabitkan Lions XII dan Harimau Muda B yang dikecualikan dari naik turun liga
Selepas format 12 pasukan kedua-dua liga sudah stabil musim 2012, turun naik liga hanya membabitkan dua pasukan tercorot Liga Super dan dua pasukan teratas Liga Perdana tanpa memerlukan sebarang aksi playoff.

--------------------------------------------------------------------

Format Liga Malaysia 2013