Followers

Sunday, December 25, 2011

Daniel Soares Neves a.k.a Daniel Baroni - Pemain Import Kedah 2012

Daniel Soares Neves atau lebih dikenali dengan Daniel Baroni adalah pemain kelahiran Brazil dimana dilahirkan di Belo Horizonte, Minas Gerais, Brazil pada 3 Jun 1980. Daniel Baroni mempunyai ketinggian 1.73 m ( 5kaki 8 inci). Daniel Baroni memulakan karier bolasepaknya di zaman remaja dengan mewakili kelab Atletico Meneiro iaitu salah sebuah kelab ditempat kelahirannya sendiri di Belo Horizonte.Daniel Baroni telah mengembangkan karier bolasepaknya di luar Brazil dengan mewakili kelab dari Bolivia Jorge Wilstermann pada tahun 2004. Seterusnya beliau telah melangkahkan kaki mengembangkan lagi karier di Indonesia pada tahun 2009 dengan mewakili kelab Persatuan Sepakbola Makassar PSM dalam Liga Primier Indonesia. Kariernya di Indonesia hanya setahun seterusnya bermain di satu lagi negara Asia iaitu di Nepal dengan mewakili kelab Machhindra FC juga hanya setahun sebelum dia kembali ke tanahairnya Brazil untuk mewakili kelab Cruzeiro FC. Pada tahun 2012 pasukan Kedah telah sah mengambil beliau sebagai pemain import bagi pasukan. Nantikan Aksi pemain ini untuk saingan Liga Super 2012. Selamat Maju Jaya kepada Daniel Baroni

Sumber :http://en.wikipedia.org/wiki/Daniel_Soares_Neves

2 comments:

  1. harap dapat menyumbang persembahan yang terbaik untuk kedah musim ni..pulun kedah pulun

    ReplyDelete