Followers

Monday, June 20, 2011

QURAN : Menawarkan Penyelesaian Masalah Hidup

Sejak diwahyukan, Al-Quran mengutarakan pelbagai penyelesaian kepada masalah-masalah kehidupan. Banyak surah didalamnya memberi panduan mengenai kehidupan. Malah, setiap surah didalam A-Quran memiliki karakternya sendiri dan surah itu unik serta mempunyai keperibadian tersendiri. Ini menyebabkan Al-Quran mampu memberi jawapan kepada setiap masalah yang dihadapi dalam kehidupan.

Berkaitan persoalan diatas, Syed Qutb dalam Fi Zhilalil Quran, menegaskan orang yang hidup dibawah naungan dibawah naungan Al-Quran dapat merasakan dan menemui surah-surah yang mempunyai keperibadian tersendiri, unik, memiliki ciri-ciri khas, kaedah dan gaya bahasa tertentu, serta dapat memberi penyelesaian bagi setiap masalah.

Oleh itu, orang yang sentiasa mengembalikan masalah kepada pesanan-pesanan Al-Quran mendapat jawapan yang tepat. A-Quran diturunkan bagi mendampingi  bahtera manusia dalam mengharungi kehidupan di dunia. Namun, sebahagian kita lebih gemar merujuk buku-buku ramalan dan tukang tilik(bomoh) bagi mencari jawapan kepada masalah kehidupan yang dihadapi. Kita lupa yang Al-Quran jauh lebih hebat daripada mana-mana buku ataupun kitab. Fenomena seperti memang membimbangkan. Bagaimana kita dapat penyelesaian yang tepat bagi masalah kita sekiranya kita tidak mahu berpegang teguh kepada Al-Quran?

Nabi Muhammad s.a.w meyakinkan kita yang Al_Quran dan Al-Hadith adalah peninggalan beliau yang cukup sempurna dan tidak perlu diragukan lagi. Beliau meninggalkan dua warisan yang sepatutnya menjadi panduan kita bagi melangkah. Kita pasti tidak sesat, dengan mengamalkan ajaran Al-Quran dan Sunnah.

Ali bin Abu Talib pernah menegaskan yang Al-Quran tidak akan lapuk kerana ajarannya sering diulang-ulang dan keajaibannya tidak akan habis. Sesiapa bercakap berdasarkan Al-Quran, maka dia sentiasa berada pada jalan yang benar. Sesiapa mengamalkannya pasti memperoleh pahala. Sesiapa mengajak manusia ke jalan Al-Quran, dia diberi petunjuk menuju jalan yang lurus (sirat al-mustaqim).

Kita yang hidup pada masa kini memerlukan Al-Quran. Maka, kita perlu memahami kemahuan Al-Quran. Kita perlu mendekatinya. Tidak cukup itu sahaja, kita juga perlu tahu cara menggunakannya dengan berkesan supaya kita mampu berinteraksi dengannya. Kita mesti mengerti cara yang betul menggunakan Al-Quran supaya manfaat dan syafaatnya bersatu dalam kehidupan kita.

"...Sesungguhnya, sudah datang kepadamu pelajaran (Quran) daripada Tuhanmu, penyembuh penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman."  (Surah Yunus ayat 57).

Saudara menyaksikan betapa hebatnya Al-Quran bertindak balas dan memberikan jawapan bagi segala masalah hidup saudara. Saudara tentu terkejut apabila mengetahui betapa kuatnya Al-Quran memberi anjuran-anjuran supaya kita mencapai kebahagiaan hidup. Apabila saudara menyedari perkara ini, saudara tentu tidak mahu mensia-siakan perkataan Al-Quran. Saudara mendapati Al-Quran sentiasa menginginkan saudara menjadi insan hebat, berfikir positif, berprasangka baik dan menuju cahaya yang terang benderang (Surah al-Maidah ayat 15 - 16). Akibatnya, kehidupan saudara menjadi lebih baik dari hari ke hari.

Nabi Muhammad menjadi tauladan yang sempurna (uswatun hasanah). Beliau seorang pemimpin, negarawan yang memahami isu politik juga isu pertempuran, pemimpin umat, ketua keluarga, dan banyak lagi peranan beliau dalam kehidupannya. Apakah beliau tertekan dengan amanah-amanah itu? Apakah beliau berasa kesal apabila berhadapan dengan banyak masalah?

Jawapannya, Tidak!

Beliau melakukan amanah itu dengan rasa bahagia. Beliau langsung tidak merasa dibebani. Beliau yakin pertolongan Allah s.w.t  pasti datang. Petunjuk-petunjuk seperti itulah yang terdapat dalam Al-Quran.

Sekiranya Nabi menyelesaikan masalahnya dengan merujuk Al-Quran, mengapa kita yang masalahnya tidak seberat masalah nabi tidak mahu merujuk sumber paling hebat iaitu Al-Quran?Maka, ketika saudara ditimpa musibah yang dahsyat, ambillah Al-Quran, baca dan fahamilah isinya dan carilah penyelesaian masalah didalamnya. Apa alasan yang mahu saudara berikan kerana menolak hidayahnya? Nikmat Allah yang mana yang saudara dustakan?

QURANIC LAW OF ATTRACTION
RUSDIN S.RAUF
M/S 104 - 107

No comments:

Post a Comment