Followers

Wednesday, January 4, 2012

Logo baru Liga Super & Liga Perdana 2012

Badan yang mengendalikan Liga Malaysia iaitu Malaysian Super League Sdn. Bhd. minggu lalu telah memperkenalkan logo baru Liga Perdana dan Liga Super untuk musim 2012.

Logo Liga Super 2012 iaitu dari unsur bentuk Liga Super itu sendiri memamerkan bahagian atas piala menggambarkan bola diatas menara bermaksud bahawa Liga Super adalah liga yang tertinggi dalam bolasepak negara. Kombinasi warna biru tua dan putih bermaksud perpaduan dan prestij liga itu sendiri.

Logo Liga Perdana 2012 pula menunjukkan pergerakan bola yang bermaksud memacu sukan bolasepak untuk diiktiraf sebagai yang paling tinggi bermula dari sini.Warna hitam dan kuning dipilih sebagai tanda kesepakatannya dengan badan induk bolasepak dan pasukan kebangsaan.

Jenis tulisan yang digunakan adalah unik dan direka khusus untuk disesuaikan dengan ciri-ciri yang mempunyai persamaan dengan belang harimau.

Logo ASTRO diletakkan ke dalam logo liga sebagai pemegang hak komersial mereka dan logo penaja yang baru mungkin menggantikan logo ASTRO sekiranya ada mana-mana rakan kongsi selanjutnya yang turut serta sebagai pemegang hak. Liga Premier akan bermula pada 9 Januari manakala Liga Super pula sehari kemudian.




Foto Logo : http://www.malaysiansuperleague.com

No comments:

Post a Comment