Followers

Sunday, June 12, 2011

Terengganu Julang Piala FA dalam debaran


Terengganu akhirnya menjulang Piala FA bagi tahun 2011 hasil jaringan Mohd. Nordin Alias pada masa tambahan setelah masa sebenar permainan 90 minit tamat dengan kedudukan 1 - 1. Kelantan terlebih dahulu didepan dengan jaringan cantik oleh Nurul Azwan Roya. Di separuh masa kedua, Terengganu tidak berputus asa untuk mencari gol penyamaan dan akhirnya berhasil walaupun bukan dijaringkan oleh pemain Terengganu sendiri tetapi "dihadiahkan" gol oleh pertahanan Kelantan iaitu Mohd Daudsu Jamaludin. Keadaan di Stadium Nasional Bukit Jalil begitu meriah dengan sokongan kedua kedua penyokong dan ada segelintir penyokong yang masih mempunyai mentaliti kelas ketiga dengan gelagat membaling mercun masuk ke balapan stadium seterusnya mengganggu rentak permainan kedua dua pasukan. Dalam waktu masa tambahan berlangsung pasukan Kelantan nampak begitu keletihan dan pemain-pemain terlalu cepat kehilangan bola, kesempatan ini diambil oleh pemain-pemain Terengganu yang nampak lebih bersemangat dan "all-out" untuk memenangi perlawanan. Ternyata penat lelah dan usaha mereka berhasil setelah Mohd. Nordin Alias menjaringkan gol hasil hantaran tandukan daripada Reeshafiq Alwi dan sama sekali menewaskan Khairul Fahmi Che Mat. Apapun diucapkan tahniah kepada kedua-dua pasukan atas usaha mempamerkan permainan yang menarik dan terbaik bagi edisi Piala FA 2011 kali ini. Berjumpa kembali di musim Piala FA 2012. TAHNIAH sekali lagi Peteh Ganu Peteh dan Gomo Kelate Gomo

No comments:

Post a Comment