Followers

Monday, June 27, 2011

Persembahan Konsisten Punca Kemenangan


TIDAK dinafikan persaingan akhir yang membabitkan keempat-empat peserta pada malam final Maharaja Lawak pada malam Jumaat lalu berlangsung dalam keadaan yang cukup sengit kerana masing-masing memiliki kelebihan tersendiri untuk muncul juara.
Misalnya, kumpulan Jozan dilihat berada di kelas yang tersendiri sejak bergandingan bersama dalam rancangan Raja Lawak selama empat musim, manakala Sepah pula cukup dikenali menerusi rancangan komedi mereka iaitu Bujang Sepah Lalalitamplom.
Nabil yang muncul satu-satunya sebagai peserta solo pula tidak boleh diketepikan memandangkan pernah dinobatkan sebagai bintang paling popular dan Jambu yang pada awalnya langsung tidak mendapat perhatian secara tiba-tiba sering tampil dengan aksi yang begitu menghiburkan saban minggu.
Namun, kejayaan Sepah untuk merangkul gelaran Maharaja Lawak adalah sesuatu yang cukup mengejutkan. Pesaing mereka iaitu Jozan sebenarnya dilihat sebagai calon pilihan untuk muncul sebagai juara sejak minggu yang pertama.
Malah, sebelum saingan akhir bermula, Jozan terus mendominasi kedudukan teratas menerusi undian yang diperolehi sebanyak 32 peratus, diikuti dengan Sepah (28 peratus), Nabil (25 peratus) dan Jambu (13 peratus).
Bagaimanapun, jangkaan awal ramai peminat untuk melihat Jozan merangkul gelaran Maharaja Lawak ternyata meleset sebaik Sepah diumumkan sebagai juara, manakala Jozan sekadar muncul naib juara, Nabil berada di tangga ketiga dan Jambu sekadar berpuas hati di tangga keempat.
Ternyata kejayaan Sepah yang dianggotai tiga orang anak muda iaitu Mohd. Noor Murad (Mamat), Shahmira Muhammad (Shuib) dan Mohd. Nazri Zainal Abidin (Jeff) itu tidak boleh disangkal berdasarkan kedua-dua persembahan pada malam tersebut.
Ditemui pada sesi sidang akhbar yang berlangsung selepas acara berakhir, Jeff yang mewakili rakan-rakannya dalam kumpulan Sepah berkata, mereka sebenarnya sangat terkejut dengan kejayaan yang diraih itu.
Menurut Jeff, kumpulannya itu sememangnya tidak pernah meletakkan sebarang harapan yang terlalu tinggi untuk bergelar juara memandangkan persaingan ketiga-tiga peserta yang turut memberi saingan sengit.
“Berjaya sehingga ke peringkat akhir adalah satu kejayaan yang cukup besar buat kami. Walaupun merasai sedikit tekanan, namun kami hanya mampu untuk melakukan dengan sebaik mungkin menerusi peluang yang telah diberi.
“Alhamdulillah, atas berkat doa kami yang tidak putus-putus akhirnya Allah telah memakbulkan doa kami untuk bergelar juara. Pada kami sudah tentu ini merupakan satu kejayaan yang tidak dijangka sama sekali,” jelasnya.
Menurutnya, matlamat awal mereka untuk menyertai rancangan Maharaja Lawak ini adalah mahu menghiburkan orang ramai dan sekadar menanam impian untuk beraksi sehingga ke peringkat akhir sahaja.
Ditanya mengenai dirinya yang sempat mengalirkan air mata sebaik Sepah diumumkan sebagai juara, Jeff menjelaskan dia sebenarnya merasa sangat terharu atas kejayaan yang telah diberikan oleh-Nya.
“Adakalanya sebagai seorang manusia biasa, saya tidak nafikan sering lalai untuk melaksanakan segala suruhan yang diwajibkan. Bagaimanapun, kami masih diberikan rezeki untuk bergelar juara dan itu yang membuat saya rasa terharu.
“Lagipun kami berkecimpung dalam bidang komedi ini bukan hendak mencari nama atau populariti, sebaliknya mahu mencari rezeki untuk membantu keluarga memandangkan kami ini berasal dari golongan keluarga yang sederhana,” ujarnya.
Sementara itu, seorang lagi ahli kumpulan Sepah iaitu Shuib yang juga merupakan suami kepada penyanyi Siti Sarah menganggap kejayaan yang diraih ini adalah rezeki untuk isterinya yang kini sedang mengandung empat bulan.
Ujarnya, dia sendiri juga tidak menyangka Sepah akan muncul juara dan sebelum saingan akhir bermula, mereka mencapai kata sepakat untuk melakukan yang terbaik tanpa menghiraukan sebarang tekanan yang dilalui.
“Bayangkan selama empat malam sebelum acara akhir kami tidak dapat tidur yang cukup kerana terlalu memikirkan jalan cerita yang hendak disampaikan. Jadi kami memang rasa sangat tertekan dengan keadaan itu.
“Mungkin ada juga yang akan kurang percaya kalau kami katakan idea untuk kedua-dua persembahan hanya hadir beberapa jam sebelum acara akhir berlangsung. Itulah cabaran yang terpaksa kami lalui dan sangat bersyukur kerana segala usaha kami telah mencapai kejayaan,” ujarnya.
Selain berjaya merangkul gelaran Maharaja Lawak, kumpulan Sepah berjaya membawa pulang hadiah yang cukup lumayan iaitu wang tunai sebanyak RM350,000 berserta trofi sumbangan Astro.
Kecewa
Biarpun diletakkan sebagai peserta pilihan untuk muncul sebagai juara, namun kumpulan Jozan yang diwakili Mohd Yazid Lim Mohd. Aziz (Johan) dan Mohd. Razizan Abd. Razak (Zizan) akhirnya sekadar berpuas hati mendapat tempat kedua.
Mengakui sedikit kecewa dengan kegagalan tersebut, Johan menjelaskan dapat terus bertahan sehingga layak ke peringkat akhir adalah satu kejayaan yang cukup bermakna buat mereka berdua.
“Kalau nak diikutkan perasaan kecewa itu saya sudah rasainya sejak awal-awal lagi kerana persembahan kami yang agak kurang menyerlah. Namun, kami telah berusaha dengan sedaya upaya agar tidak menghampakan peminat yang menyokong kami selama ini.
“Saya rasa kumpulan Sepah memang layak untuk bergelar juara memandangkan persembahan mereka yang konsisten setiap minggu. Walaupun sekadar membawa pulang wang tunai RM250,000, tapi bagi kami ia adalah hadiah yang cukup lumayan," ujarnya.
Sementara bagi Zizan pula, dia sangat berterima kasih kepada para peminat yang tidak jemu-jemu untuk menyokong dan mengundi mereka sehingga dapat beraksi ke peringkat akhir.
Menurutnya, tidak dinafikan memang ada peminat yang kecewa dengan kegagalan Jozan untuk muncul juara, tetapi mereka sudah melakukan yang terbaik dan terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat.
Sewaktu kami diumukan sekadar muncul naib juara, saya ada melihat tempat duduk penyokong kami dan terdapat kekecewaan pada riak wajah mereka. Namun, kami tetap bersyukur dengan rezeki yang telah diperoleh ini,” ujarnya.
Sokongan peminat
Merupakan satu-satunya peserta solo yang layak beraksi sehingga ke peringkat akhir, Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil mengakui dia terpaksa berhadapan cabaran yang cukup besar untuk bersaing dengan tiga buah kumpulan.
Menurut Nabil, mulanya dia menjangka akan tersingkir pada minggu yang pertama lagi berdasarkan persembahan mantap kesemua peserta yang bertanding dalam rancangan Maharaja Lawak ini.
“Memang bukan mudah untuk peserta solo seperti saya dapat meneruskan saingan kerana peserta berkumpulan mempunyai kelebihan kerana setiap ahli kumpulannya ada peminat masing-masing.
“Jadi, saya merasakan peminatlah yang banyak berjasa sehingga saya dapat terus bertahan ke tahap ini. Tanpa sokongan mereka, sudah tentu saya tidak akan beraksi di pentas final,” ujarnya.
Sementara itu, kejayaan kumpulan Jambu untuk berada dalam kelompok empat yang terbaik merupakan satu kejayaan yang cukup bermakna buat Yusry Edoo (Yus) dan Zamaratul Amri Zakaria (Taukeh).
Meskipun sekadar berada di kedudukan yang keempat, bagi mereka ia adalah satu kejayaan dan kepuasan yang tidak ternilai memandangkan mereka bukanlah antara peserta pilihan pada awal-awal rancangan Maharaja Lawak.
“Memang diakui ketika kami mula menyertai rancangan ini, kumpulan Jambu bukanlah menjadi perhatian ramai. Namun dengan peningkatan persembahan yang ditunjukkan saban minggu, kami semakin mendapat sokongan ramai.
“Walaupun pada awalnya persembahan kami menunjukkan peningkatan dan semakin merosot sejak dua atau tiga minggu yang terakhir, tetapi usaha yang berterusan dan sokongan peminat setia banyak membantu untuk kami untuk layak beraksi di pentas akhir,” jelas Taukeh.
Ditanya mengenai kemerosotan persembahan mereka, Yus menjelaskan bahawa salah satu puncanya adalah disebabkan masing-masing sibuk dengan jadual lakonan sehingga membataskan masa untuk mereka bersama.
Dengan kejayaan menduduki tangga yang ketiga dan keempat, setiap peserta membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM150,000 dan RM50,000 berserta trofi sumbangan pihak Astro.
SUMBER : Kosmo Online ( 27/06/2011 )

Friday, June 24, 2011

Grand Paradise Hotel, Pulau Pinang

Pulau Pinang sememangnya adalah negeri yang mempunyai tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Bermula dengan tempat-tempat bersejarah seperti Padang Kota Lama, Kota Fort Cornwellis, Sleeping Buddha Temple, Rumah Kelahiran Tan Sri P. Ramlee sehinggalah ke Pantai Batu Feringgi dimana terdapat juga Batu Feringgi Sidewalk Bazaar, Bukit Bendera dan juga Balik Pulau.

Jika anda yang belum pernah sampai ke Pulau Pinang atau hendak mengunjunginya buat julung-julung kalinya bolehlah menginap di Hotel Grand Paradise, Pulau Pinang yang terletak di No.101, Jalan Macalister, 10400, Pulau Pinang. Hotel Grand Paradise ini mempunyai 70 bilik "Superior", 10 bilik "Deluxe" dan 10 bilik "Suite" dengan katil "Queen Bed" dan "Single Bed" dengan beberapa kemudahan lain seperti TV Astro dan perkhidmatan percuma Wi-Fi

Harga Bilik adalah mengikut kategori bilik seperti berikut :-

SUPERIOR DELUXE(2 person)  - RM168
SUPERIOR ROOM(2 person)      - RM128
FAMILY DELUXE(3 person)      - RM158
FAMILY SUITE(4 person)          - RM188

Jika anda yang berada di sekitar Negeri Sembilan yang ingin mengunjungi Pulau Pinang dan menginap di Hotel Grand Paradise bolehlah menghubungi saya di talian telefon bimbit 017-6134030/016-6347355 ataupun talian pejabat serta fax di 06-7629273. Bukan hanya yang berada di Negeri Sembilan, sesiapa sahaja yang ingin merasai suasana menginap di Hotel Grand Paradise boleh menghubungi saya untuk urusan penempahan bilik. Anda juga boleh datang sendiri ke pejabat saya Hanzad Enterprise di No. 388, Tingkat Bawah, Jalan Kenanga 1, Taman Bukit Chedang, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.



Grand Paradise Group juga mempunyai rangkaian "Hotel Highway" di mana terletak di kawasan Rehat&Rawat (R&R) di Lebuhraya Utara Selatan iaitu di R&R Gunung Semanggol menghala ke Selatan, di R&R Rawang menghala ke Utara, R&R Seremban menghala di kedua-dua arah Utara dan Selatan dan juga R&R Ayer Keroh menghala ke Utara. Grand Paradise dalam jangka masa panjang juga akan membina lebih banyak hotel dan "highway hotel" di masa hadapan. Oleh itu sekarang, Hotel Highway Grand Paradise memerlukan lagi pekerja-pekerja untuk ditempatkan di "Hotel Highway" ini. Jadi kepada sesiapa yang berminat utk bekerja di Hotel Highway ini boleh juga menghubungi saya atau datang sendiri ke pejabat saya untuk urusan kemasukan bekerja di Hotel Highway.

Monday, June 20, 2011

QURAN : Menawarkan Penyelesaian Masalah Hidup

Sejak diwahyukan, Al-Quran mengutarakan pelbagai penyelesaian kepada masalah-masalah kehidupan. Banyak surah didalamnya memberi panduan mengenai kehidupan. Malah, setiap surah didalam A-Quran memiliki karakternya sendiri dan surah itu unik serta mempunyai keperibadian tersendiri. Ini menyebabkan Al-Quran mampu memberi jawapan kepada setiap masalah yang dihadapi dalam kehidupan.

Berkaitan persoalan diatas, Syed Qutb dalam Fi Zhilalil Quran, menegaskan orang yang hidup dibawah naungan dibawah naungan Al-Quran dapat merasakan dan menemui surah-surah yang mempunyai keperibadian tersendiri, unik, memiliki ciri-ciri khas, kaedah dan gaya bahasa tertentu, serta dapat memberi penyelesaian bagi setiap masalah.

Oleh itu, orang yang sentiasa mengembalikan masalah kepada pesanan-pesanan Al-Quran mendapat jawapan yang tepat. A-Quran diturunkan bagi mendampingi  bahtera manusia dalam mengharungi kehidupan di dunia. Namun, sebahagian kita lebih gemar merujuk buku-buku ramalan dan tukang tilik(bomoh) bagi mencari jawapan kepada masalah kehidupan yang dihadapi. Kita lupa yang Al-Quran jauh lebih hebat daripada mana-mana buku ataupun kitab. Fenomena seperti memang membimbangkan. Bagaimana kita dapat penyelesaian yang tepat bagi masalah kita sekiranya kita tidak mahu berpegang teguh kepada Al-Quran?

Nabi Muhammad s.a.w meyakinkan kita yang Al_Quran dan Al-Hadith adalah peninggalan beliau yang cukup sempurna dan tidak perlu diragukan lagi. Beliau meninggalkan dua warisan yang sepatutnya menjadi panduan kita bagi melangkah. Kita pasti tidak sesat, dengan mengamalkan ajaran Al-Quran dan Sunnah.

Ali bin Abu Talib pernah menegaskan yang Al-Quran tidak akan lapuk kerana ajarannya sering diulang-ulang dan keajaibannya tidak akan habis. Sesiapa bercakap berdasarkan Al-Quran, maka dia sentiasa berada pada jalan yang benar. Sesiapa mengamalkannya pasti memperoleh pahala. Sesiapa mengajak manusia ke jalan Al-Quran, dia diberi petunjuk menuju jalan yang lurus (sirat al-mustaqim).

Kita yang hidup pada masa kini memerlukan Al-Quran. Maka, kita perlu memahami kemahuan Al-Quran. Kita perlu mendekatinya. Tidak cukup itu sahaja, kita juga perlu tahu cara menggunakannya dengan berkesan supaya kita mampu berinteraksi dengannya. Kita mesti mengerti cara yang betul menggunakan Al-Quran supaya manfaat dan syafaatnya bersatu dalam kehidupan kita.

"...Sesungguhnya, sudah datang kepadamu pelajaran (Quran) daripada Tuhanmu, penyembuh penyakit yang ada dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman."  (Surah Yunus ayat 57).

Saudara menyaksikan betapa hebatnya Al-Quran bertindak balas dan memberikan jawapan bagi segala masalah hidup saudara. Saudara tentu terkejut apabila mengetahui betapa kuatnya Al-Quran memberi anjuran-anjuran supaya kita mencapai kebahagiaan hidup. Apabila saudara menyedari perkara ini, saudara tentu tidak mahu mensia-siakan perkataan Al-Quran. Saudara mendapati Al-Quran sentiasa menginginkan saudara menjadi insan hebat, berfikir positif, berprasangka baik dan menuju cahaya yang terang benderang (Surah al-Maidah ayat 15 - 16). Akibatnya, kehidupan saudara menjadi lebih baik dari hari ke hari.

Nabi Muhammad menjadi tauladan yang sempurna (uswatun hasanah). Beliau seorang pemimpin, negarawan yang memahami isu politik juga isu pertempuran, pemimpin umat, ketua keluarga, dan banyak lagi peranan beliau dalam kehidupannya. Apakah beliau tertekan dengan amanah-amanah itu? Apakah beliau berasa kesal apabila berhadapan dengan banyak masalah?

Jawapannya, Tidak!

Beliau melakukan amanah itu dengan rasa bahagia. Beliau langsung tidak merasa dibebani. Beliau yakin pertolongan Allah s.w.t  pasti datang. Petunjuk-petunjuk seperti itulah yang terdapat dalam Al-Quran.

Sekiranya Nabi menyelesaikan masalahnya dengan merujuk Al-Quran, mengapa kita yang masalahnya tidak seberat masalah nabi tidak mahu merujuk sumber paling hebat iaitu Al-Quran?Maka, ketika saudara ditimpa musibah yang dahsyat, ambillah Al-Quran, baca dan fahamilah isinya dan carilah penyelesaian masalah didalamnya. Apa alasan yang mahu saudara berikan kerana menolak hidayahnya? Nikmat Allah yang mana yang saudara dustakan?

QURANIC LAW OF ATTRACTION
RUSDIN S.RAUF
M/S 104 - 107

Saturday, June 18, 2011

Gelagat Dan Sikap Manusia

Terkadang terfikir di benak fikiran ini tentang sikap dan gelagat manusia terutama di negaraku yang tercinta ini. Sesetengah manusia nak dilayan dengan baik dan sempurna tetapi bila dah dilayan dengan baik hanya dengan sedikit sahaja kekurangan selepas itu, melentingnya bukan main lagi. Sampaikan mereka sendiri tidak terfikir yang mereka juga manusia yang juga ada kekurangan dan tak lari daripada melakukan kesilapan. Ingatlah wahai manusia sekalian, hidup kita di dunia ini hanya pinjaman. Kita semua akan kembali kepada yang HAQ dan juga diadili nanti di SANA. Alangkah tidak rugi jika kita berbuat baik, berkata baik, berperangai baik malahan akan beruntung berlipat kali ganda kerana anda mudah mendapat kawan, mudah disukai ramai, mudah disayangi dan InsyaAllah akan mudah diingati oleh ramai. Entah mana hilangnya sifat sayang, sabar, tolak ansur, tolong menolong, hormat menghormati yang sebenarnya semua kita tahu akan sifat- sifat ini. Ingatlah SAUDARAKU sekalian, hidup kita ini hanya sementara, dunia ini hanya pinjaman....BERBUAT BAIKLAH SESAMA MANUSIA NESCAYA HIDUP KITA AKAN BAHAGIA.

Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapak, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.” (QS. An-Nisaa:36) 



Friday, June 17, 2011

Baiah Ayahanda Cemar Pekida

Baiah ayahanda cemar Pekida (petikan Harian Metro tahun 2007)

Baiah ayahanda cemar Pekida. Oleh Faizatul Farlin Farush Khan

Harian Metro 31 Julai 2007. KUALA LUMPUR: Perjanjian ‘Baiah’ yang tidak diiktiraf tetapi digunakan sesetengah ketua kawasan atau lebih dikenali sebagai ayahanda dalam Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), didakwa menjadi antara punca yang menyumbang kepada pencemaran nama baik pertubuhan itu.

Pengurus Besar Yayasan Pekida Malaysia, Musbri Mohamed, berkata baiah iaitu penerimaan ahli secara perjanjian, bukan melalui borang permohonan didakwa diamalkan sesetengah ayahanda hingga menyebabkan ada individu yang mempunyai akhlak kurang elok diterima sebagai ahli.

Beliau berkata, individu ini tidak berdaftar dengan Pekida tetapi menggunakan nama Pekida sewenang-wenangnya hingga pertubuhan yang mempunyai keahlian lebih satu juta itu sering dikaitkan dengan perkara negatif termasuk budaya samseng.

“Mereka ini masuk Pekida tidak berdaftar tapi kemudian mengaku ahli Pekida dan buat perkara yang mencemarkan nama baik pertubuhan. Di Malaysia, kita ada kira-kira 168 ayahanda yang berdaftar.

“Tapi ada 250 lagi ayahanda yang tidak berdaftar. Mereka inilah yang buat penerimaan ahli secara baiah,” katanya selepas majlis perasmian Karnival Malaysiaku Gemilang oleh Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, di sini, semalam.

Musbri berkata, Pekida tidak pernah terbabit dengan sebarang perkara yang melanggar undang-undang, malah sentiasa terbabit dan menyokong rancangan kerajaan untuk membangunkan bangsa, agama dan negara.

Menurutnya, mana-mana ahli berdaftar yang didapati mempunyai masalah dari segi akhlak atau melanggar undang-undang akan digugurkan keahliannya.

Selain itu, katanya, ujian seperti beradu tenaga secara fizikal yang kononnya antara syarat yang diletakkan untuk menjadi ahli Pekida adalah satu pembohongan dan tidak wujud dalam pertubuhan itu.

“Amalan tidak berasas seperti itu datang daripada sesetengah orang yang mengaku ahli dan mengeksploitasi nama Pekida. Mereka ini adalah golongan yang mempunyai agenda tersendiri.

“Kita tidak amalkan perkara seperti itu. Ini adalah pertubuhan yang sah. Ia sudah lama wujud sejak 1936 lagi dan kami juga sudah berdaftar di bawah Akta Pertubuhan,” katanya.

Beliau berkata, apa yang lebih dikesalkan, ada segelintir pihak menggunakan nama Pekida untuk tujuan mengutip derma daripada pelajar sekolah kononnya untuk kerja kebajikan.

Katanya, pihak sekolah juga boleh menghubungi terus talian aduan Pekida di 03-40416030 jika didatangi individu mencurigakan yang mengaku sebagai ahli pertubuhan itu dan mahu mengutip derma daripada pelajar sekolah.

Inilah Puncanya RAHSIA YANG TIDAK MENJADI RAHSIA LAGI.

Wednesday, June 15, 2011

Hari Jadiku

Tarikh 14 Jun 35 tahun yang lalu aku dilahirkan di Hospital Besar Alor Setar. Terasa begitu cepat masa berlalu namun saban tahun aku menempuh pengalaman yang begitu banyak dan berharga dalam hidupku ini. Seawal umurku 7 tahun aku sudah kehilangan kasih sayang seorang ayah kerana ayahku meninggal dunia akibat kanser otak yang dialaminya semenjak bila aku pun kurang pasti. Sejak dari itu ibuku yang membesarkan aku dengan hanya berniaga di pasar-pasar malam dan daripada hasil duit pencen arwah ayah. Alhamdulillah aku banyak belajar erti kehidupan daripada ibuku. Dia seorang yang sangat tabah. Aku mengakui jasanya tidak terbalas olehku hingga sampai akhir hayat aku sekalipun. Ibuku hanya seorang sahaja didunia ini tiada galang gantinya. Bagi diruku umur bukan ukuran kematangan diri atau tuanya seseorang itu tetapi amalan, keperibadian dan cara pambawaan diri seseorang itu yang amat penting. Aku masih perlu banyak belajar dan terus belajar untuk ke arah itu.

Sunday, June 12, 2011

Pertembungan Menarik Kedah dan N.Sembilan


Tanggal 14 Jun 2010 menyaksikan salah satu perlawanan Liga Super yg agak menarik iaitu pertemuan Kedah dan N.Sembilan di mana Kedah dibimbing oleh bekas jurulatih N.Sembilan iaitu Wan Jamak Wan Hassan dan N.Sembilan pula dilatih oleh Mohd. Azraai Khor Abdullah iaitu bekas jurulatih Kedah yg telah mencipta sejarah membawa Kedah menjulang piala "double treble" pada tahun 2007 dan 2008. Ianya berlainan dengan pertembungan di pusingan pertama di mana Kedah ketika itu masih dibawah kendalian pemangku jurulatih Hj Radhi Mat Din. Perlawanan kali ini bakal menyaksikan dua jurulatih yang berkaliber di negara kita membuat perhitungan strategi bagi membuktikan strategi siapakah yang paling ampuh untuk membawa kemenangan kepada pasukan masing-masing. Bagi para penyokong kedua-dua pasukan terutama penyokong-penyokong pasukan Kedah, ayuh penuhkan Stadium Darul Aman yang dahagakan sokongan padu yang sejak dari permulaan Liga sambutan daripada penyokong agak hambar. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan bekas jurulatih Kedah mengemudi pasukan N.Sembilan ibarat kata pepatah "sirih pulang ke gagang". "WELCOME BACK to your hometown MOHD AZRAAI KHOR ABDULLAH".

Terengganu Julang Piala FA dalam debaran


Terengganu akhirnya menjulang Piala FA bagi tahun 2011 hasil jaringan Mohd. Nordin Alias pada masa tambahan setelah masa sebenar permainan 90 minit tamat dengan kedudukan 1 - 1. Kelantan terlebih dahulu didepan dengan jaringan cantik oleh Nurul Azwan Roya. Di separuh masa kedua, Terengganu tidak berputus asa untuk mencari gol penyamaan dan akhirnya berhasil walaupun bukan dijaringkan oleh pemain Terengganu sendiri tetapi "dihadiahkan" gol oleh pertahanan Kelantan iaitu Mohd Daudsu Jamaludin. Keadaan di Stadium Nasional Bukit Jalil begitu meriah dengan sokongan kedua kedua penyokong dan ada segelintir penyokong yang masih mempunyai mentaliti kelas ketiga dengan gelagat membaling mercun masuk ke balapan stadium seterusnya mengganggu rentak permainan kedua dua pasukan. Dalam waktu masa tambahan berlangsung pasukan Kelantan nampak begitu keletihan dan pemain-pemain terlalu cepat kehilangan bola, kesempatan ini diambil oleh pemain-pemain Terengganu yang nampak lebih bersemangat dan "all-out" untuk memenangi perlawanan. Ternyata penat lelah dan usaha mereka berhasil setelah Mohd. Nordin Alias menjaringkan gol hasil hantaran tandukan daripada Reeshafiq Alwi dan sama sekali menewaskan Khairul Fahmi Che Mat. Apapun diucapkan tahniah kepada kedua-dua pasukan atas usaha mempamerkan permainan yang menarik dan terbaik bagi edisi Piala FA 2011 kali ini. Berjumpa kembali di musim Piala FA 2012. TAHNIAH sekali lagi Peteh Ganu Peteh dan Gomo Kelate Gomo