Followers

Wednesday, June 15, 2011

Hari Jadiku

Tarikh 14 Jun 35 tahun yang lalu aku dilahirkan di Hospital Besar Alor Setar. Terasa begitu cepat masa berlalu namun saban tahun aku menempuh pengalaman yang begitu banyak dan berharga dalam hidupku ini. Seawal umurku 7 tahun aku sudah kehilangan kasih sayang seorang ayah kerana ayahku meninggal dunia akibat kanser otak yang dialaminya semenjak bila aku pun kurang pasti. Sejak dari itu ibuku yang membesarkan aku dengan hanya berniaga di pasar-pasar malam dan daripada hasil duit pencen arwah ayah. Alhamdulillah aku banyak belajar erti kehidupan daripada ibuku. Dia seorang yang sangat tabah. Aku mengakui jasanya tidak terbalas olehku hingga sampai akhir hayat aku sekalipun. Ibuku hanya seorang sahaja didunia ini tiada galang gantinya. Bagi diruku umur bukan ukuran kematangan diri atau tuanya seseorang itu tetapi amalan, keperibadian dan cara pambawaan diri seseorang itu yang amat penting. Aku masih perlu banyak belajar dan terus belajar untuk ke arah itu.

No comments:

Post a Comment