Followers

Thursday, November 15, 2012

DoN HanzZ bersama Mohd Azraai Khor ketika mula-mula sampai ke N.Sembilan tahun 2011

DEMAM Facebook yang melanda masyarakat negara ini sejak beberapa tahun lalu menyebabkan Azraai Khor Abdullah turut menerima tempiasnya.

Namun, jurulatih yang baru menandatangani kontrak bersama pasukan Perak untuk saingan Liga Malaysia 2013 ini ada pandangan tersendiri.

Menurutnya, suasana bola sepak ketika ini yang mula mendapat sokongan ramai membuatkan peminat mahu mengikuti perkembangan lebih dekat pemain dan jurulatih.

“Saya tidak pasti berapa ramai jurulatih yang memiliki akaun laman sosial Facebook. Namun bagi saya, inilah medium terbaik untuk saya berinteraksi bersama peminat secara ‘online’.

“Melalui cara ini, saya dapat tahu apa luahan rasa hati peminat dan saya sedia terima apa jua kritikan yang membina,” katanya.

Hasil tinjauan Sinar Harian mendapati akaun beliau sudah mencecah 5,000 peminat dan ini satu jumlah terbanyak bagi pengendali seperti Azraai di Malaysia.

Berani kerana benar

Menurut anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini, sudah menjadi lumrah apabila menjadi jurulatih untuk dikritik dan dipuji.

Begitu pun, bagi Azraai, beliau akan cuba menerapkan nilai murni kepada pemain supaya peminat tempatan tidak membuat andaian buruk.

“Kita tidak perlu takut jika berada di pihak yang benar,” katanya.

Selepas dua musim membimbing skuad Negeri Sembilan dengan memenangi gelaran Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih, Azraai membuat keputusan beralih ‘angin baru’.
Kesudian beliau ke Ipoh amat dialu-alukan seluruh penyokong Kejor Yob Kejor yang amat mengharapkan kejayaan.

Azraai tidak keseorangan kerana membawa Abdul Hadi Yahya (Terengganu), V Thirumurugan (Kedah), Farizal Marlias (Negeri Sembilan) dan Yong Kuong Yong (Felda United).

“Saya percaya pemain ini mampu mengangkat martabat pasukan Perak sekali gus muncul skuad digeruni seperti zaman kegemilangannya,” katanya pernah mengecap nikmat merangkul gelaran double treble musim 2007 dan 2008.

Ada peminat Azraai juga telah membuat satu halaman facebook Coach Azraai Khor Fans Club dimana Azraai juga menjadi salah seorang pentadbir halaman itu yang setakat ini dikunjungi lebih daripada 8,000 pengujung

 
Profil:

Nama: Mohd Azraai Khor Abdullah
Tarikh lahir: 25 Oktober 1952
Asal: Alor Setar, Kedah

Pengalaman sebagai pemain:

1968       - Piala Burnley di Melaka
1969       - Piala Burnley di Negeri Sembilan
1970       - Piala Burnley di Sarawak
1971-1980  - Mewakili pasukan Kedah
1976       - Dilantik sebagai ketua pasukan Kedah
1975-1978  -  Terpilih untuk wakili Malaysia
1975       - Piala Raja-Raja Thai di Bangkok
1976       - Pra Olimpik di Jakarta
             Piala Presiden  di Korea
             Pesta Bola Merdeka di Kuala Lumpur
             Piala Asia di Tehran, Iran
             Lawatan Diplomatik ke China dan Korea Utara
1977       - Piala Jakarta Raya di Indonesia
             Piala Raja Thai di Bangkok
             Piala Presiden Park di Korea
             Pesta Bola Merdeka di Kuala Lumpur
1978       - Piala Jakarta Raya di Indonesia
             Piala Raja Thai di Bangkok
             Piala Presiden Park di Korea
             Asean Games di Bangkok

Pengalaman sebagai jurulatih

Jurulatih Lesen A
Sijil Sains Sukan Level 1&2
Jurulatih Kecergasan Bertauliah daripada MSN
1983/1985/1988 - Ketua Jurulatih pasukan Malaysian Chinese
1990           -  Penolong Jurulatih Sukma Kedah
1991           - Ketua Jurulatih Piala Presiden Kedah
1993           - Penolong Jurulatih Pasukan Kedah (Piala Malaysia)
2004           - Ketua Jurulatih Kedah (Piala Malaysia)
2006/07 & 2007/08    - Ketua Jurulatih Kedah (Juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia)
2011/12           - Ketua Jurulatih Negeri Sembilan (Juara Piala Malaysia & Piala Sumbangsih)


*Sumber : Sinar Harian Online 12 November 2012

No comments:

Post a Comment