Followers

Monday, December 26, 2011

Danilo Vivaldo - Pemain Import Kedah 2012


Danilo Vivaldo atau nama penuhnya Danilo Rafael dos Santos Vivaldo dilahirkan pada 12 Januari 1987 di Sao Paulo, Brazil. Bermain di posisi pertahanan, beliau memulakan karier profesionalnya pada tahun 2005 dengan mewakili kelab Portuguesa Santos yang berpengkalan di Sao Paulo. Pada tahun 2007 hingga tahun 2010 Danilo Vivaldo bermain pula dengan kelab Londrina juga kelab dari Brazil yang berpengkalan di Parana, Brazil. Danilo Vivaldo melebarkan kariernya dengan bermain di luar daripada negera asalnya iaitu dengan berhijrah ke Asia mewakili bekas juara kejohanan kebangsaan Bangladesh, kelab Brothers Union yang berpengkalan di Dhaka. Danilo Vivaldo berjaya membantu kelab dari Bangladesh itu menduduki tempat ke 5 dalam Liga Bangladesh pada tahun 2010. Tahun 2012, pemain berketinggian 1.89m ( 6 kaki 2 1/2 inci) ini akan pertama kali bermain untuk pasukan Kedah. Sama-sama kita nantikan adakah kelibat beliau akan menjadi sebutan sepertimana legenda-lagenda import Kedah sebelum ini seperti Olubunmi Adigun dan juga Cornelius Bernard Hugging yang menempa nama di bibir-bibir para penyokong pasukan Kedah. BOA SORTE Danilo Vivaldo!!.


1 comment:

  1. terbaekk...
    semoga mengharungi musim 2012 dengan gemilang bersama kedah.

    ReplyDelete